Total Pageviews

Friday, 10 February 2012

Ku Ingin Dia Menjadi Imamku


Saat aku mengenalnya, aku tak pernah perasankan dia
Saat dia cuba mengenali aku, dia sentiasa perasankan aku
Saat itu berlalu, selalu…

Satu saat aku mula perasankan kehadirannya
Saat dia sentiasa menanti, tak pernah berhenti
Saat itu terhenti, aku berhenti…

Saat aku menoleh, dia masih disitu
Saat itu dia membuka hatiku
Saat itu aku tahu, dia cinta pertamaku…

Saat itu aku sedar bahawa…
DULU hanyalah cinta monyetku… =)
Aku tersenyum…
Ingin sekali mengatakan bahawa dia adalah yg pertama membuka pintu hati ini…
Tapi lidah ini kelu... biarlah dia fikir dia yg kedua...
Biar aku dan yg Kuasa tahu dia yg PERTAMA

 Aku mula berubah kearah yg lebih baik untuk dia...
Mengenal dia...
Aku merasakan aku makin dekat dengan Allah
Dia seolah-olah membawaku mendekati Allah

Dari seorang yg panas baran aku cuba menjadi penyabar
Dari memiliki suara yg lantang aku cuba menjadi suara perlahan
Dari seorang yg ganas dan lasak aku cuba menjadi yg lemah lembut
Dari hamba yg jahil aku cuba menjadi hamba yg solehah

Alhamdulillah... aku belajar dari dia...
mungkin impianku terlalu besar iaitu...
INGINKAN DIA MENGIMAMKAN SOLATKU!!
amin...